Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

dasar kita sudah tukar

KITA SUDAH TUKAR from Che Det by Dr. Mahathir Mohamad 1. Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan tukar (change) dasar-dasar Amerika Syarikat. 2. Tetapi jauh daripada menukar Obama sudah tambah tentera Amerika di Iraq dan Afghanistan. Kem tahanan Guantanamo pun masih diteruskan. 3. Tetapi kita sudah tukar. Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran. 4. Kononnya kerana Iran hendak membuat senjata nuklear. Kononnya dunia akan diancam oleh Iran dengan perang nuklear. Setakat kita tahu yang mengancam ialah Amerika Syarikat dan Israel. Dan Iran menjadi sasaran mereka. 5. Amerika Syarikat mempunyai 10,000 nuclear warhead. Israel mempunyai beratus senjata nuklear. 6. Yang sudah guna senjata nuklear ialah Amerika Syarikat dan Israel bukan sahaja di Hiroshima tetapi di perang Teluk dan di Gaza. Mereka guna "depleted uranium" daripada bahan nuklear. Kita relakan. Secara rasmi kita tidak protes. 7. I

solat tahajud

Solat Tahajud (Pengenalan) Solat 5 waktu adalah solat bagi orang-orang mukmin dan solat Tahajud pula adalah solat untuk orang-orang soleh. menurut satu hadith; Rasulullah SAW bersabda; “Jika tidak kerana memberatkan umatKu, nescaya aku wajibkan Tahajud ke atas mereka”" Kelebihan Tahajud; Jika dilakukan solat Tahajud ini dengan cara istiqamaha maka Allah s.w.t akan memberi 3 ganjaran; 1. Dapat lidah yang hikmah 2. Diangkat kedarjat wali 3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut Selain itu juga; * Doa-doa akan diperkenankan * 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya * Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur * Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud * Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud * Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa Solat Tahajud (Sejarah) Dari

Sujud Terakhirku

Malam rahmat. Hujan turun mencurah-curah membasahi bumi Tuhan. Walaupun gemuruh hujan semakin melebat dan membasahi atap rumbia di sebuah rumah, yang kelihatannya persis sebuah pondok usang sahaja, Sang Pencinta terus khusyuk membilang biji-biji tasbih sambil bersila di atas hamparan sejadah kumal. Tasbih di jari terus dibilang-bilang. Badan sedikit berayun ke kiri dan ke kanan. Sang Pencinta khusyuk dalam ratibnya. Menginsafi kebesaran Maha Pencipta. Wahai tuhan Ku tak layak ke syurga-Mu Namun tak pula Aku sanggup ke neraka-Mu Ampunkan dosaku Terimalah taubatku Sesungguhnya Engkaulah Pengampun Dosa-dosa besar. Air mata berjuraian jatuh daripada pelupuk mata Sang Pencinta. Menginsafi dirinya yang dirasakan ternoda dengan palit-palit dosa yang dirasakan sentiasa menyubur dan bagaikan karat yang sukar untuk dikikis dari lubuk jiwanya. Kalimah Rabiatul Adawiyah, sufi wanita itu terus berlegar-legar di sekitar ratibnya. Kalimah taubat atas segala daki-daki kehidupan. Semakin banyak dia mel

10 Muharam

Pada 10 Muharam juga telah berlaku: Nabi Adam bertaubat kepada Allah. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. Hari pertama Allah menciptakan alam. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. Hari pertama Allah menurunkan hujan. Allah menjadikan 'Arasy. Allah menjadikan Luh Mahfuz. Allah menjadikan alam. Allah menjadikan Malaikat Jibril. Nabi Isa diangkat ke

Salam

Welcome